Siapa dekat sini petang-petang dah ready depan tv nak layan drama melayu pukul 7? Mesti ramai kan.
Sekarang ini memang banyak sangat drama yang ditayangkan. Bermula seawal jam 6 petang hinggalah ke 10 malam, pelbagai siaran berebut slot untuk menayangkan drama yang diterbitkan di kaca televisyen.
Antara drama yang semakin menjadi trend sekarang adalah drama yang diadaptasikan daripada novel. Ya betul dari novel yang tebal tu dijadikan drama berpuluh episod. Tahu tak kenapa ramai penerbit yang memilih novel?
Ohya, anda boleh mendapatkan hadiah anda dengan cetakan gambar-gambar yang anda suka di sini..
4 sebab novel dijadikan adaptasi drama
- Memiliki peminat novel yang tersendiri
- Jalan cerita yang menarik
- Mudah untuk menentukan jumlah pelakon
- Menghidupkan penceritaan novel ke kaca televisyen
Tidak dapat dinafikan kebanyakkan drama melayu yang diadaptasi daripada novel rata-rata mendapat sambutan yang hangat. Ada juga drama yang viral sehingga diterbitkan pula musim kedua.
Jadi dalam perkongsian kali ini, kita sama-sama akan tengok 10 drama melayu adaptasi dari novel yang pernah viral sebelum ini.
10 drama melayu adaptasi novel yang viral
1. 7 Hari Mencintaiku
7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3.
7 Hari Mencintaiku mencatatkan penarafan tontonan drama yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12 juta penonton. Selain itu, drama ini juga menerima Anugerah Drama Pilihan serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.
Disebabkan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan, pada tahun 2020 pula telah ditayangkan 7 Hari Mencintaiku 2. Wow hebat kan! Rasanya semua orang pernah tonton drama ini. Memang rasa geram dengan watak Mak Leha tu.
2. Jangan Benci Cintaku
Jangan Benci Cintaku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun. Diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama yang merupakan karya Emy Roberto terbitan Idea Kreatif. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3.
Kenapa drama ini viral? Pada waktu tayangan drama ini. Netizen sangat marah dengan watak yang dibawa oleh Niena Baharun yang pada ketika itu dia memegang watak sebagai isteri kedua kepada Saharul Ridzwan. Ditambah pula dengan watak Nek Pah yang dibawa oleh Azizah Mahzan benar-benar menguji kesabaran penonton.
Maka tidak hairanlah drama ini menjadi antara salah satu drama melayu yang viral pada ketika itu.
3. Curi-Curi Cinta
Curi-Curi Cinta adalah sebuah drama yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria bermula pada April 2019. Drama ini merupakan adaptasi novel yang sama tajuknya yang merupakan karya penulis popular, Siti Rosmizah yang merupakan penulis novel bestseller di Malaysia ini!
Sekali lagi drama ini mempertaruhkan Zahirah Macwilson sebagai pelakon utama. Juga membintangi adalah suami Zahirah, Aiman Hakim Redza.
Pada awalnya drama ini mungkin dilihat cliche apabila perempuan dari kawasan kampung ingin bersuamikan lelaki kaya dari bandar untuk hidup mewah. Namun semua tidak seperti apa yang dirancang apabila mereka terpaksa menetap di rumah sewa setinggan selepas bernikah.
Disebabkan elemen berbeza yang diketengahkan dalam drama ini ia berjaya viral dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para peminat.
4. Sweet Dreams
Sweet Dreams juga adalah sebuah drama yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria pada Ogos 2019. Drama ini merupakan adaptasi novel yang sama tajuknya yang merupakan karya Acik Lana.
Tahun 2019 adalah tahun ‘Demam Mira Filzah’, boleh dikatakan buka sahaja televisyen memang akan ada wajah Mira Filzah membintangi pelbagai drama.
Sedikit kelainan untuk drama pada kali ini, Mira membawakan watak seorang gadis yang bisu tetapi masih mempunyai personaliti yang lincah. Digandingkan pula dengan hero terkenal Ben Amir, mana tak viralnya kan. Sememangnya drama arahan Michael Ang ini mendapat sambutan luar biasa dari peminat drama melayu dan peminat novel itu sendiri.
5. Pujaan Hati Kanda
Pujaan Hati Kanda merupakan siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil karya Aulia Iman terbitan Karyaseni. Siri ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 pada Disember 2018.
Kali ini Remy Ishak memegang watak Danny iaitu seorang playboy yang sudah insaf dan ingin kembali ke jalan yang benar. Namun pada hari pernikahannya, seorang bayi telah diletakkan di masjid dengan sijil kelahiran yang tertera nama Danny. Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, majlis pernikahan itu juga dibatalkan.
Dalam pada Danny ingin mencari ibu kepada bayi tersebut, Mira Filzah sebagai Tiara telah menjadi pengasuh untuk bayi tersebut. Dalam tidak sedar mereka telah mula menenun cinta antara satu sama lain.
Orang kita memang suka drama macam ini kan? Tak mustahil drama ini menjadi viral semasa ditayangkan.
6. Lelaki Kiriman Tuhan
Lelaki Kiriman Tuhan merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Umie Nadzimah. Siri arahan Rashid Sibir dan merupakan terbitan Zeel Production. Ia dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Drama ini disiarkan Slot Raihana di Astro Oasis pada Januari 2019.
Sekali lagi Mira dan Remy digandingkan. Kisah percintaan mereka dalam drama ini bermula dengan “malu tapi mahu”. Namun pada akhirnya cinta mereka berputik. Tetapi yang indah itu tidak kekal lama, sedikit demi sedikit Naira (Mira) mengetahui siapa Raid (Remy) yang sebenarnya.
Drama ini ‘auto viral’ kerana gandingan dua pelakon hebat ini. Selain pelakonnya yang berbakat, ceritanya juga menarik dan diulang siar beberapa kali atas permintaan peminat.
7. Perempuan Tanpa Dosa
Perempuan Tanpa Dosa ialah sebuah siri drama melayu yang ditayangkan pada Oktober 2020. Drama ini diarahkan oleh Micheal Ang dan dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin. Ia adalah adaptasi novel yang sama ditulis oleh Fatinilam Sari Ahmad.
Drama ini mula disebut-sebut oleh netizen apabila tular di media sosial babak Uqasha bersalin tetapi mengenakan seluar. Sejak dari itu drama ini dapat perhatian para peminat drama melayu.
Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, pihak Astro sendiri telah bersetuju untuk menambah beberapa episod sebelum menayangkan episod akhir. Fuhh hebat tu penangan drama ini sampai tambah episod tau!
8. Maaf Tak Indah
Maaf Tak Indah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Zamri Zakaria dibintangi oleh Azlee Khairi dan Azar Azmi. Diadaptasi daripada novel tajuk yang sama hasil karya Emy Roberto. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula Februari 2020.
Perkahwinan Syazan dan Raimie yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tidak mahukan anak tetapi Raimie sangat mahukannya.
Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka dan menjalin hubungan dengan Zila. Fuh dahsyat!
9. Lelaki Lingkungan Cinta
Lelaki Lingkungan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, dan Ismail Izzani. Sebuah adaptasi longgar dari novel yang saya hasil karya Lily Haslina Nasir, siri ini mula ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula Oktober 2020.
Kisah bermula apabila Adib (Naim), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.
Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail)
Walaupun drama ini pada awalnya kurang mendapat sambutan, namun dengan kontroversi yang melanda Aniq dan Cik B menjadikan drama ini viral semula walaupun pada ketika itu drama ini sudah hampir ke episod akhir. Sejak dari itu, ramai peminat yang mula menonton drama ini di platform-platform online dan mendapat respon yang baik daripada para penonton.
10. Bidadari Salju
Bidadari Salju ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Reza Badarudin dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, dan Chacha Maembong, Siri ini memulakan tayangan perdana pada Disember 2020 di Slot Akasia TV3.
Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari masalah dan membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah keluarga Kayra.
5 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam Hariz, dia sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.
Buat makluman anda, drama ini masih ditayangkan tau. Kalau ada masa terluang boleh laa tonton drama Bidadari Salju ini jam 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Best sangat!
Sambil anda tonton drama melayu ni, mesti terbayang nak jadi kaya dan sarapan minum air oren kan?
Ya impian anda kini boleh jadi kenyataan dengan memulakan perniagaan sendiri dalam perniagaan percetakan. Rebut peluang keemasan ini untuk jadi sebahagian dari kami.
Segala alatan percetakan dan latihan keusahawanan akan kami sediakan untuk anda. Jangan tunggu lagi. Sertai kami sekarang. Lambat nanti melepas…